DEFINISI TEKANAN (PENGURUSAN TEKANAN)

ARKIB-18 OGOS 2014

Definisi Tekanan

Menurut Kamus Dewan (1999), tekanan membawa maksud sesuatu desakan atau paksaan yang diterima oleh seseorang. Manakala kamus Oxford Advanced Leaner’s (1983) mendefinisikan tekanan atau dalam Bahasa Inggerisnya stress sebagai pressure; condition causing hardship, disquiet. Seyle (1964) adalah orang yang pertama menggunakan terma ’tekanan’ mendefinisikannya sebagai satu set fizikal dan psikologikal yang bertindak balas kepada keadaan dan pengaruh yang sebaliknya.

    Menurut Dr Fariza Md Sham (2007), Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM mendefinisikan tekanan mengikut bahasa Arab disebut sebagai dhagt yang bermakna jiwa yang mengalami pergolakan dan kegelisahan amat dalam. Beliau juga mendefinisikan tekanan mengikut kamus Human Behaviour sebagai ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk sesuatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang mengendalikan sesuatu keadaan. Manakala kamus Behavioral Science mendefinisikan tekanan sebagai satu keadaan fizikal atau tekanan mental yang menyebabkan perubahan dalam sistem saraf autonomi.Tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fizikal.


     Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migrain (sakit kepala yang amat sangat). Perasaan ini mungkin berkekalan. Justeru itu, amat penting bagi kita mengenali gejala-gejala yang berkaitan dengan tekanan dan memikirkan kaedah atau sistem terbaik yang bersesuaian dengan diri kita bagi mengurangkan tekanan.
       
   Saya juga tertarik dengan artikal mengenai tekanan yang ditulis oleh Menurut Hatta Sididan Mohamed Hatta shahrom(2002) tekanan merupakan  sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedar malah tekanan bukanlah suatu perkara yang asing bagi negara ini.Tekanan biasa dialami oleh semua manusia yang tidak menyeronokkan.Secara umumnya,perkataan Stress digunakan secara meluas. tekanan juga amat berkaitan dengan kehidupan,perwatakkan,faktor keluarga,proses urbanisasi dan kejutan budaya terhadap perkembangan permodenan yang mendadak.Tekanan merupakan satu penyakit yang seringdikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada masa kini. Kesihatanmental seperti yang didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). “Kebolehan mengekalkan hubungan yang harmonis dengan orang lain,kebolehandalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehanuntuk menyumbang khidmat kepada masyarakat” (Sumber: Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2000)

Comments

Popular posts from this blog

5 PUNCA BERLAKU GEJALA SOSIAL MASA KINI

KESAN-KESAN MASALAH GEJALA SOSIAL