WARISAN BANGSA
Kepentingan Usaha mengekalkan budaya warisan bangsa
Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan
seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti
tersendiri. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di
negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan
sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional negara kita smakin lenyap
ditelan arus pemodenan.
Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya
tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, keuikan
pakaian tradisional pelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara
pemakaian serta berwarna-warni.
Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti
masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan
mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap
orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita
bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan
saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum.
Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu
dikekalkan.
Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat
majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung-
mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak
kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran
tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi.Kita saling menerima dan
memberi. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk
perpaduan.
Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita.
Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita
tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup
nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Budaya kita yang murni
juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh
budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi
generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.
Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti
didedahkan kepada kekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan
kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya.
Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita
menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan
budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga
perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan
dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang
masa.
Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi
muda melalui latihan. Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya
boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh
menyelitkan budaya tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah.
Pertandingan berbalas pantun dan tarian tradisional akan mengembangkan budaya
ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk
mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga
akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni
jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak kenaI maka tak cinta”.
Posted 19th April 2012 by Zega Augustin
Comments
Post a Comment