PUNCA-PUNCA DAN CARA-CARA MEMBENDUNG GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA
ARKIB- 10 JANUARI 2017 Sejak akhir-akhir ini, gejala sosial dalam kalangan remaja semakin membarah. Setiap hari terdapat paparan berita mengenai gejala negatif ini sehingga menggugat kesejahteraan masyarakat dan negara. Situasi ini amat membimbangkan semua pihak kerana remaja merupakan tonggak harapan masa depan negara. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang pertambahan kes gejala sosial ini. Antara faktornya ialah kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Institusi keluarga juga semakin rapuh pada masa ini lantaran ibu bapa sibuk mencari kekayaan. Demi kesibukan tersebut menyebabkan ibu bapa tidak mempunyai masa untuk mendidik anak-anak mereka dengan agama dan nilai kerohanian. Ini menyebabkan jiwa anak-anak kosong kerana tidak diberikan input agama yang dapat membentengi mereka daripada pengaruh negatif. O...