Posts

PUNCA-PUNCA DAN CARA-CARA MEMBENDUNG GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA

ARKIB- 10 JANUARI 2017                          Sejak akhir-akhir ini, gejala sosial dalam kalangan remaja semakin membarah. Setiap hari terdapat paparan berita mengenai gejala negatif ini sehingga menggugat kesejahteraan masyarakat dan negara. Situasi ini amat membimbangkan semua pihak kerana remaja merupakan tonggak harapan masa depan negara. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang pertambahan kes gejala sosial ini.             Antara faktornya ialah kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Institusi keluarga juga semakin rapuh pada masa ini lantaran ibu bapa sibuk mencari kekayaan. Demi kesibukan tersebut menyebabkan ibu bapa tidak mempunyai masa untuk mendidik anak-anak mereka dengan agama dan nilai kerohanian. Ini menyebabkan jiwa anak-anak kosong kerana tidak diberikan input agama yang dapat membentengi mereka daripada pengaruh negatif. Oleh itu, ibu bapa mestilah lebih prihatin terhadap kegiatan masa lapang anak-anak mereka. Sikap ini amat penting supaya

CARA MENANGANI PERMASALAHAN DI KALANGAN REMAJA

   ARKIB - 23 JUN 2015           Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap penjuru dunia tentang masalah sosial dalam kalangan remaja seperti merempit, melepak , penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Umum mengetahui bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Seandainya kita terus leka dan memandang remeh terhadap isu ini pasti usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 pasti akan menjadi omomg kosong sahaja. Persoalannya mengapakah masalah sedemikian berlaku? Siapakah yang harus dipersalahkan? Tiada prnyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh diatasi hingga ke akar umbi.              Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa, antara tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja ialah melalui peranan ibu bapa dan keluarga. Hal ini dem

5 PUNCA BERLAKU GEJALA SOSIAL MASA KINI

Zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan bagi setiap individu. Pada zaman remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai benda dalam kehidupan mereka. Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara. Oleh sebab itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke dalam gejala sosial. Jika kita teliti dengan mendalam terdapat banyak punca kenapa golongan remaja mudah terjebak dalam kancah gejala sosial.   # Kelemahan Didikan Agama dan Moral Diri Remaja Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan remaja  y ang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam. Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabit  juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapat  bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-ma

KESAN-KESAN MASALAH GEJALA SOSIAL

Masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan Negara.  Remaja pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam pembangunan negara pada masa akan datang. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menanganani permasalahan yang kian meruncing ini, ini menjadikan pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari mata masyarakat kita sendiri.Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Kesan Ke atas Individu Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ianya terpulang pada

MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

ARKIB-1 DISEMBER 2015 OLEH=AARONN AVIT KARANGAN PERTAMA Masalah sosial dalam kalangan remaja merupakan fenomena yang semakin membimbangkan kita pada hari ini. Masalah seperti penagihan dadah, salah laku pelajar, pergaulan bebas dan sebagainya semakin berleluasa dan kian meningkat. terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial dalam kalangan remaja ini. Salah satu daripanya ialah krisis keluarga yang menyebabkan kwalan sosial ke atas anak-anak diabaikan. Ibu bapa yang sering bertengkar sudah pasti tidak dapat mengasuh dan mendidik anak-anak mereka dengan baik dan sempurna. Keadaan ini bertambah buruk apabila ada dalam kalangan ibu bapa yang sibuk dengan tugas mereka di pejabat sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka. Akibatnya, terdapat anak-anak yang melarikan diri daripada rumah, bergaul dengan rakan-rakan yang tidak sepatutnya  dan dari situlah bermulanya segala masalah sosial yang disebut di atas. Di sa

DEFINISI TEKANAN (PENGURUSAN TEKANAN)

ARKIB-18 OGOS 2014 Definisi Tekanan Menurut Kamus Dewan (1999), tekanan membawa maksud sesuatu desakan atau paksaan yang diterima oleh seseorang. Manakala kamus Oxford Advanced Leaner’s (1983) mendefinisikan tekanan atau dalam Bahasa Inggerisnya stress sebagai pressure; condition causing hardship, disquiet. Seyle (1964) adalah orang yang pertama menggunakan terma ’tekanan’ mendefinisikannya sebagai satu set fizikal dan psikologikal yang bertindak balas kepada keadaan dan pengaruh yang sebaliknya.     Menurut Dr Fariza Md Sham (2007), Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM mendefinisikan tekanan mengikut bahasa Arab disebut sebagai dhagt yang bermakna jiwa yang mengalami pergolakan dan kegelisahan amat dalam. Beliau juga mendefinisikan tekanan mengikut kamus Human Behaviour sebagai ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk sesuatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang mengendalikan sesuatu keadaan. Manakala kamus Behavio

TIPS MENGHADAPI DAN MENGATASI TEKANAN (STRES)

ARKIB-10 SEPTEMBER 2015 Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll. Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesua